Pages

MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 1 AMBILAN PERTAMA 2011

Oleh: Norisyam Aris

Januari 18 - Minggu Silaturrahim Pelajar Tingkatan 1, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol telah berlangsung dengan jayanya. Sebermula dari pendaftaran pada 4 Januari 2011 sehingga 18 Januari 2011, program ini berjaya dikelolakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SBP Integrasi Jempol dengan kerjasama Pembantu Rakan Sebaya SBP Integrasi Jempol.



Kemuncak minggu silaturrahim ini adalah Malam Kebudayaan yang menyaksikan persembahan daripada para pelajar tingkatan 1 mengikut rumah masing-masing. Upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan sempena minggu silaturrahim ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mukhtar B. Abdul Rani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SBP Integrasi Jempol. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 1 yang berjaya menyempurnakan minggu silaturrahim ini dan kepada semua tenaga penggerak yang menjayakan majlis ini. 

Antara program Majlis Sialturrahim

Pembukaan Malam Kebudayaan 


Persembahan Usamah b Zaid 

Persembahan Rumah Tariq


Persembahan Khalid al Walid 

Penyampaian hadiah oleh Tn Hj Mukhtar


No comments:

Post a Comment