Pages

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTAQ) SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JEMPOL 2011

MAC 26 - SBP Integrasi Jempol telah menghantar satu kontinjen peserta ke Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Jempol yang dilangsungkan di SMK Lui Barat. Dalam penyertaan ini, SBPIJ telah berjaya menggondol kejuaraan dalam pertandingan nasyid, selawat dan madih, qari sekolah menengah, hafazan perempuan dan khat. 
Tahniah diucapkan kepada semua perserta dan kontinjen yang telah diketuai oleh En Umar al Farook diatas prestasi yang cukup membanggakan ini. 

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON SELATAN BOLA KERANJANG


Mac 10 - Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan kali ke 38 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Berasarama Penuh Integrasi Jempol. Hari kecemerlangan yang berlangsung selama lima hari ini mempertandingkan permainan bola keranjang lelaki dan perempuan dalam kategori bawah 18 tahun. Kejuaraan dipertandingan peringkat akhir menjadi milik pasukan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Serembar Negeri Sembilan bagi kategori lelaki manakala Sekolah Tun Fatimah mengungguli kategori perempuan. Majlis yang berlangsung meriah ini telah dikejutkan oleh kejadian kemalangan jalanraya yang melibatkan bas pelajar milik SBPIJ. Namun program yang telah dirancang telah berlangsung dengan lancar jua. Tahniah kepada pasukan yang menang dan kepada warga SBPIJ yang berjaya melaksanakan HKSBP ini dengan jayanya. 

LAWATAN PENANDAARASAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK, SELANGOR

FEBRUARI 8 - Lawatan penandarasan ini telah dianjurkan oleh pihak pentadbir SBP Integrasi Jempol sebagai perkongsian ilmu diantara dua buah sekolah demi pencapaian pelajar yang lebih baik. Beberapa bidang akademik telah diberikan perhatian untuk dipertingkatkan lagi prestasinya di SBP Integrasi Jempol.



MAJLIS UNTAIAN KASIH 2011: PENGHARGAAN PELAJAR KEPADA GURU

Februari 1 - Menghargai guru yang mendidik merupakan satu nilai yang sering diterapkan kepada para pelajar hari ini. Penghargaan ini tidak semestinya dipersembahkan dalam bentuk kebendaan, penghargaan yang ikhlas secara lisan pastinya akan mengorak kelopak gembira di taman hati setiap individu yang bergelar guru. 

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PERPUSTAKAAN, BADAR DAN PRS 2011


Januari 25 - Majlis Perlantikan Pengawas, Pengawas Perpustakaan, BADAR dan Pembantu Rakan Sebaya 2011, SBP Integrasi Jempol telah berjaya dilaksanakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada pagi hari ini. Majlis yang mengiktiraf pelajar dalam melancarkan aktiviti yang dianjurkan ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SBPIJ, Puan Hajah Zainun Bt Abdullah. Beliau telah menyampaikan watikah perlantikan kepada setiap wakil badan pelajar yang terlibat sebelum bacaan ikrar dimulakan. Semoga perlantikan ini akan melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, bangsa dan negara. 

LDP: PEMBINAAN ITEM BERKUALITI

Januari 19 - Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat al-Mukhlisin, SBP Integrasi Jempol pada hari ini. Kursus yang membawa tajuk Pembinaan Item Berkualiti ini telah di sampaikan oleh Penolong Kanan 1, SMK Bahau 2 yang juga merupakan penggubal soalan di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dalam kursus ini beliau tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan dalam membina soalan yang berkualiti untuk menguji kefahaman pelajar dalam pembelajaran mereka. Beliau sangat menekankan penggunaan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai asas pembinaan soalan. Semoga usaha yang dijalankan akan terus meningkatkan profesionalisme guru dan menjulang kecemerlangan akademik sekolah. 

MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 4 AMBILAN PERTAMA 2011

RANDAI


Februari 21 - Program silaturrahim pelajar baru tingkatan 4, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol telah berakhir malam tadi dengan penuh gilang gemilang. Minggu silaturrahim pelajar baru tingkatan 4 telah diisi dengan pelbagai program yang menarik yang memberikan pendedahan tentang kehidupan di sekolah berasrama penuh. Sesi ice breaking, kuiz, permainan, explorace dan bermacam lagi acara diadakan sebagai pengisian program yang berlangsung.