Pages

MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 4 AMBILAN PERTAMA 2011

RANDAI


Februari 21 - Program silaturrahim pelajar baru tingkatan 4, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol telah berakhir malam tadi dengan penuh gilang gemilang. Minggu silaturrahim pelajar baru tingkatan 4 telah diisi dengan pelbagai program yang menarik yang memberikan pendedahan tentang kehidupan di sekolah berasrama penuh. Sesi ice breaking, kuiz, permainan, explorace dan bermacam lagi acara diadakan sebagai pengisian program yang berlangsung. 


Kemuncak minggu silaturrahim ini adalah Malam Kebudayaan Pelajar Tingkatan 4 yang diisi dengan pelbagai persembahan menarik para pelajar. Tarian randai, boria, dikir barat, tarian k-pop dan lain lain telah dijamu kepada para penonton yang hadir. Pemilihan persembahan terbaik juga diadakan pada ini untuk dipertontonkan pada Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan kali ke 38 yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan April ini. Tahniah diucapkan kepada tenaga penggerak minggu silaturrahim ini. Semoga dengan kehadiran warga baru SBPIJ ini akan terus melayari bahtera SBPIJ ke destinasi kecemerlangan.  






RANDAI

LAGU ARAB

LAGU ARAB


HAKIM PERTANDINGAN 

LAGU JEPUN



TARIAN K POP

LAGU PERANCIS



No comments:

Post a Comment